22 March 2022

PERMOHONAN KEMASUKAN KE TAHUN SATU BAGI TAHUN 2023 DAN 2024.

 Makluman kepada ibubapa/penjaga yang akan memohon untuk kemasukan ke Tahun 1 bagi Tahun 2023 dan 2024, sila memohon melalui website public.moe.gov.my dari 1 Mac 2022 sehingga 31 April 2022 (digalakkan) atau secara manual iaitu mengisi borang yang boleh didapati di pejabat pentadbiran sekolah.

Bagi ibubapa yang memohon melalui website berkenaan atau melalui borang, sila hantar salinan permohonan beserta salinan dokumen berikut:

1. 1 salinan sijil lahir murid.

2. 1 salinan kad pengenalan Ibu dan 1 salinan kad pengenalan Bapa.

3. 1 salinan bil utiliti (air / elektrik).

4. 1 salinan sijil kahwin / nikah ibubapa atau surat cerai (jika bercerai).

5. 1 salinan slip gaji terkini (bagi yang tiada penyata gaji, sila serta borang pengesahan pendapatan yang ditandatangani oleh majikan/ketua kaum/ketua kampung/penghulu/pegawai kerajaan kumpulan A).

6. 1 salinan rekod imunisasi (boleh rujuk pada buku kesihatan kanak-kanak).

** Ibubapa perlu memohon dengan kadar segera, tempat adalah terhad. Jangan tunggu di saat akhir.

** FIRST COME FIRST SEAT.

* Boleh berhubung dengan pejabat pentadbiran sekiranya ada pertanyaan di talian 082-421942.

Peringatan: Permohonan penempatan ini hanya merupakan satu permohonan kanak-kanak untuk memasuki sekolah. JPN/PPD ini TIDAK MENJAMIN kanak-kanak berkenaan ditempatkan di sekolah di mana mereka membuat permohonan.

No comments:

Post a Comment