Sejarah

SRK Batu Lintang sekarang letaknya di Jalan Kolej, Kira-kira 1/4 KM dari Jalan Batu Lintang, salah sebuah daripada sekolah rendah yang menampung pelajaran sekolah bagi anak-anak pegawai kerajaan dan awam dalam lingkungan dua kilometer dari pusat bandar Kuching. Jiran sebelah utara sekolah itu ialah Sekolah Rendah Pendidikan Khas (cacat penglihatan), sementara ke selatannya ialah Institusi Peguruan Malaysia Batu Lintang yang dulu dikenali sebagai Maktab Perguruan Batu Lintang.

Nama Sekolah ini berasal dari nama kawasan letaknya bangunan sekolah ini sendiri iaitu Batu Lintang, di mana ianya juga dikenali sebagai Batu Kenyang yang melintang Jalan. Sekolah ini telah dimulakan pada tahun 1960 dengan nama Batu Lintang Primary School, menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Pada dasarnya penubuhan sekolah ini adalah satu sambungan Maktab Perguruan Batu Lintang, di bawah Jabatan Pelajaran Sarawak. Guru Pelatih dan pensyarah menggunakan sekolah dan mempraktikkan teknik pengajaran. Bilangan bilik darjah yang terdapat pada masa itu hanya 6 buah bilik sahaja. Sekolah berkembang dengan pesat sejak penubuhan hinggalah difikir perlu menambah bilik darjah bagi menampung bilangan murid yang semakin ramai. Pada tahun 1966, sudah terdapat 11 bilik darjah. Disebabkan kawasan sekolah yang terhad, maka bilangan kelas tidak dapat ditambah walaupun perlu berbuat demikian. Hanya pada tahun 1982 hinggalah sekarang sekolah ini mempunyai 13 buah bilik darjah. Sekarang ini melibatkan dua sesi persekolahn, iaitu sesi pagi dan sesi petang (sesi pagi 10 buah kelas yang digunasama dan sesi petang 5 buah yang juga digunasama). Dua sesi persekolah ini telah dimulakan pada sesi persekolah pada tahun 1993 / 1994 dengan 10 buah kelas pagi dan 4 buah kelas pada petangnya. Dua buah daripada kelas ini telah diubahsuai menjadi Bilik Sumber dan Bilik Kemahiran Hidup.

Sebelum itu, dalam tahun 1968, sekolah berpindah bangunan baru yang mengandungi 12 bilik darjah, satu bilik Guru Besar, satu bilik Pejabat Am, satu bilik Guru, satu untuk Klinik Pergigian Sekolah, dua bulik stor, dua tandas Guru dan empat buah tandas murid. Sementara itu, bangunan lama telah digunakan oleh Kanak-kanak Pendidikan Khas Cacat Penglihatan yang ada sekarang ini.

Guru Besar pertama sekolah ini ialah Cik Paula Lai. Memandangankan kepada perubahan semasa pada 1964, sekolah ini dialih tadbir oleh KMC iaitu Municipal Council. Serentak itu, bertukarlah nama sekolah Batu Lintang Council School. Pada waktu itu Guru Besarnya ialah Cik Tang Yaw Ngo. Dalam tahun 1973 apabila kerajaan mengambil alih sekolah-sekolah bantuan, maka sekolah ini bertukar nama sekali lagi kepada Sekolah Kerajaan Batu Lintang. Sejak itu, bertukarlah bahasa penghantar daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia. Guru Besar waktu itu ialah Encik Liaw Chin Sing.